Monday, December 30, 2013

Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014

Pelbagai suka-duka, manis-tawa yang diharungi sepanjang tahun 2013. Segalanya-galanya mengajarku erti kehidupan. Kehidupan yang mana mengajarku hidup bermasyarakat bukan hidup yang sendirian. Segala suka-duka saat bersama biarkanlah ia berlalu bersama-sama tahun 2013. Hilanglah duhai kenangan, ambillah yang jernih bukan yang keruh. Sepanjang diriku melalui tahun 2013 banyak ibrah yang dapat aku ambil. suka duka sepanjang PRU-13, menyambut ramadan, syawal dan menyambut raya haji di UUM. semuanya kenangan manis bagi diriku. Namun disebalik kenangan manis terdapat kenangan pahit, sebuah memori silam yang mengubah diriku. 





Beberapa jam lagi, saat waktu menjejak 12.01 kita akan melangkah ke tahun 2014. Hadirlah tahun 2014 dengan kenangan yang baru, suka duka yang baru. aku mengharapkan ianya akan lebih baik dari tahun 2013.  



Jika ingin berubah, berubah lah. hidayah milik allah. carilah hidayah. orang sekeliling tidak mampu mengubah diri kita melainkan kesedaran datang dari diri sendiri. 

             " aku mampu menarik kuda kesungai, 

                                 akan tetapi aku tidak mampu untuk memaksa kuda itu minum air "


Selama tinggal kenangan

Sunday, December 15, 2013

Erti Persahabatan

Sahabat? Satu perkataan yang kita dengar apabila ada yang sentiasa menemani diri dikala suka dan duka. Betol ke? Yea!! Sahabat yang baik ialah mereka yang sentiasa bersama tidak kira dalam keadaan susah atau senang. Bagi saya, pergertian saya tentang sahabat ialah seorang sahabat yang boleh mengubah hidup kita menjadi lebih baik. Mereka sentiasa menegur dikala kita melakukan kesusahan. Bagaimanapun mereka akan menegur dengan cara paling berhemah tanpa ingin mengguris hati mana-mana pihak. Mereka ibarat bintang, meski jauh dia tetap bersinar, meskipun dia menghilang, dia tetap ada, tak mungkin dimiliki namun tak mudah jua untuk dilupakan.

Sahabat akan selalu meluangkan masa dalam kebersamaan untuk merapatkan ukhwah. Hingga ada yang kata ukhwah fillah till jannah. Hee.. Macam-macam gaya dan tagline yang kita dengar.. tapi betol jugak, kita mesti nak hubungan kita berkekalan hingga kesyurga. Biar kita masuk syurga sama-sama. JANGAN MASUK NERAKA SAMA-SAMA PLAK!!. Itu bukan sahabat yang baik tau. :)

Melalaui pendefinisian tadi bukan lah bermakna saya ingin simpulkan kita tidak boleh memilih sahabat-sahabat yang rosak akhlaknya. Sekiranya kita berkawan dengangolongan sebegini, apakah peranan kita dalam mengawal situasi ini? Apakah praktikal yang wajar kita ambil dalam menjadikan diri kita sebagai sahabat sejati? Kita tidak perlu tunduk pada mereka, kita perlu ikut selagi tidak melanggar syarak, dalam masa sama kita terapkan nilai-nilai keislaman dalam segala aktiviti mereka.



Andai mereka sukakan hiburan, kita raikan mereka. Kerana dalam islam ada hiburan. Islam itu syumul, merangkumi segala aspek kehidupan. Tetapi biarlah hiburan mengikut islam jangan islam mengikut hiburan. Maksudnya berpada-pada dalam berhibur. Jangan sampai jadi lalai. Jangan sampai kita  membuang masa dengan perkara-perkara lagha.

Ayuh sahabat-sahabat, pimpin kenalan-kenalan kita menuju syurga ilahi. Dunia adalah penjara untuk mereka yang beriman dan syurga untuk mereka yang tidak beriman. Dunia hanya sementara, adakah kita lebih memilih syurga yang tidak kekal berbanding yang akan kekal diakhirat kelak.

" sahabat ibarat tangan dengan mata.
                      Saat tangan terluka mata akan menangis,
           saat mata menangis tangan akan menghapuskannya."






Tuesday, December 10, 2013

Amanah

Suatu hari imam al-Ghazali bertanya kepada anak muridnya, apakah yang paling berat dimuka bumi ini. Pelbagai persepsi daripada nak muridnya tentang amanah. Ada yang menjawab batu, besi dan sebagainya. Imam Al-Ghazali mengatakan semua itu benar akan tetapi yang paling berat ialah memegang amanah.

Firman Allah SWT :

                “ Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab  amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan pada ketika itu manusia dengan persedian yang ada padanya sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”
(surah Al-Ahzab : 72)


Sungguh amanah itu berat, sehinggakan  tidak ada satu pon makhluk Allah yang mahu menjadi khalifah dimuka bumi ini. Sungguh aku tak meminta jawatan. Aku tahu kemampuan diriku. Akan tetapi aku yakin Allah tidak akan membebani hambanya. Allah lebih tahu akan kemampuan hambanya dalam menempuh segala rintangan hidup.

Aku hanya mampu berharap apa yang diamanahkan pada diriku ini sebagai satu batu loncatan untuk kemajuan diriku juga untuk islam. Aku berharap apa upaya yang aku lakukan hanya untuk menggapai redha Allah.

Sungguh aku terpana, seperti dalam sekelip mata aku diterima satu persatu jawatan. Aku terkejut, bermonolog aku sendirian, “betulkah apa yang aku dengar, layakkah diriku ini, kenapa mesti aku”.

Sabda Rasulullah S.A.W :

Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya :”Wahai Abdul Rahman bin Samurah Jangan engkau meminta jawatan pemimpin . Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat –bulat kepadamu .Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu . (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Hadis ini menerangkan kepada kita larangan dari meminta jawatan. Sungguh aku diberi tanggungjawab, dan aku tidak boleh lari daripada amanah ini. Aku berharap pertolongan Allah akan hadir untuk membantu hambanya yang masih memerlukan pertolongan. Sesungguhnya kamilah penolong agamamu.





Saturday, December 7, 2013

Si Pemilik Cinta?

        Menghayati sesebuah lagu nasyid, membawa satu makna yang mendalam. Di sebalik lirik-lirik yang di cipta pasti ada kisah di sebaliknya. Apabila aku menghayati nasyid bertajuk pemilik hati yang dinyanyikan oleh kumpulan Hijjaz. Hati terdetik suatu perasaan bahagia.  Andai ada kisah seperti bait-bait lirik itu, pasti indah.


        Jadi, apa yang aku faham dari lirik itu mengenai seorang pemuda yang menanti seorang kekasih yang akan menemaninya di kala susah dan senang. Mungkin pemuda itu pernah tersungkur lantas menginsafi dirinya dan hanya menanti jodoh ketentuan dari Illahi. Di saat dia menyendiri sepi, Allah telah hadirkan insan yang tak pernah di sangkakan. Bahagia terukir di hatinya setelah menjadi yang halal untuknya. Itu hanya pandangan aku.


        Bicara tentang cinta, aku pasti semua pasti pernah terkena virus tu, mungkin dalam sedar atau tidak termasuk juga aku. Ya, mungkin aku.. Makna cinta terlalu luas sebenarnya, namun di sebalik perkataan cinta itu ada dua kesan darinya. Apa? Iaitu halal dan haram. Semuanya itu atas kita untuk memilihnya yang akan membawa ke syurga atau sebaliknya.


        Aku ada satu kisah, mungkin sebagai perkongsian. Aku tahu bila mengenai cinta, ia pasti ada terjebak dalam jurang itu. Itu sudah lumrah dan fitrah manusia yang lemah sebagai hamba Dia. Kisah ini mengenai diriku.


        Seperti dengan seorang hamba Allah yang lain. Aku juga pernah terjebak. Ya, bila mula bercinta, orang kata semuanya menjadi indah mungkin sehingga aku betul-betul percayakan seorang perempuan ini dan yakin akan cinta kami. Aku sangat yakin perempuan ini jodoh kelak. Hingga aku terlupa yang semuanya atas ketentuan-Nya. Namun, orang kata hari tak selalunya cerah. Akhirnya aku ditinggalkan di sebabkan lelaki lain. Surely perasaanku ketika itu hancur, sedih, sebak.. TAPI, kerana Allah sayangkan diriku, Allah telah sedarkan hatiku. Terdetik di hatiku, mengapa di kejar sesuatu yang tak pasti? Aku sedar, apa yang selama ini aku lakukan hanyalah sia-sia. Aku kembali mengejar fitrah sebagai hamba Allah dalam ingin mengapai cinta Illahi. Aku percaya jodoh itu pasti ada bila saatnya nanti walau lambat atau cepat. Aku percaya itu..



        Kini aku bahagia bersama-sama sahabat seperjuangan yang sama fikrah, andai aku tergelincir merekalah yang akan menarikku. Semoga kami thabat dalam perjuangan ini. Ameen..


              Mungkin saat ini aku masih lagi menyendiri, tapi aku bahagia dengan cinta dariNya. J
Perjuangan aku masih lagi panjang.. Akan terus menanti si pemilik cinta untuk hati ini.

“Walau cinta pada insan itu bahagia tapi ada dukanya,
       Tapi cinta pada Illahi itu sentiasa bahagia dan pasti akan terus bahagia”


                                                                   kau pemilik cinta

Wednesday, December 4, 2013

Ujian Ilahi



           Saat petang menjelang, aku memecut motorsikal ingin menuju ke satu destinasi atas sebab ada perjuampaan. Ujian Allah hadir ketikamana ada satu kereta melanggar disisi motor kami dan melanggar kaki sahabatku. aku terpinga-pinga, mengapa kereta itu mahu masuk sedangkan aku sedang memotong. Aku yang dalam keadaan kelam kabut ingin hadir ke perjumpaan menjadikan niatku agak kelam. Melihat kepada kaki sahabatku, beliau memintaku menghantarnya ke pusat kesihatan universiti. Aku berbincang sebentar dengan si pembawa kereta. kemudian aku menghantar sahabat ke pusat kesihatan. Alhamdulillah, doktor sahkan kaki sahabatku tidak ada berlaku ape2 kompilasi. aku bersyukur. Diriku tidak henti berdoa. Diri ini amat tahu, bahawa ini baru sedikit ujian yang Allah berikan padaku. sedangkan diluar sana masih ramai lagi yang diuji dengan pelbagai ujian yang mungkin membuatkan mereka jadi sukar ingin menerima takdir. Ya Allah diri ini telah pelbagai ujian ditempuhi. Engkau kuatkan lah diriku Ya Allah. tabahkan lah hatiku ya Allah..
        Ya allah betapa hati ini sangat-sangat tersentuh, mereka yang baru kenal seketika, menelefonku bertanya khabar. Ya allah, rupanya kau hilangkan seorang dalam hidup ini tetapi berpuluh yang datang.
aku sangat bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang tersangat ambil berat sesama yang lain. terima kaseh



Ya Allah..
       Dulu aku banyak lalai, terlupa hinggakan diabai sahabat-sahabat. sekarang mereka sentiasa denganku, kami seiring dalam perjuangan ini.. semoga kami terus istiqamah dan thabat dalam perjuangan ini..
     
      TERIMA KASIH ALLAH