Wanita adalah sebahagian dari lelaki kerana ia dicipta dari
tulang rusuk lelaki sebelah kiri.Ia dikurniakan dengan 9 nafsu dan 1
akal.Kelemahan wanita kerana menurut naluri dari menggunakan akalnya. Lelaki dikurniakan
9 akal dan 1 nafsu.Kelemahan lelaki adalah kerana mudah terpedaya dengan godaan
wanita. Kenapa lelaki ada 9 akal masih tewas bila digoda oleh wanita?
Sebab wanita merupakan penggoda profesional!!!. Lihat fakta
sejarah daripada Al Quraan atau di sekeliling kita. Iblis tak dapat menggoda
Nabi Adam supaya makan buah larangan.Tapi bila Siti Hawa memujuk nabi Adam,baru
Nabi adam mahu makan buah itu. Anak Nabi Adam bergaduh kerana berebut wanita.
Nabi Yahaya dibunuh kerana fitnah wanita.
Duhai wanita…
Peliharalah dirimu dari imej penggoda. Jadilah
1.wanita berwawasan,
2.bersopan-santun pakaian dan tingkah lakumu.
3.Ingatlah bahawa tangan yang mengoncang buaian bukan saja
dapat mengoncang dunia malah mengoncang iman lelaki.
4.Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara.
Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dgn sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hambanya itu
berpasang-pasangan.Lelaki & wanita yg saling memerlukan. Sebahagiannya
menjadi pembantu kpd sebahagian yg lain.
Kemuliaan manusia terletak dlm agama sejauh mana mrk dpt
mentaati perintah Allah dgn cara Nabi s.a.w. Allah telah mengurniakan
kpd wanita dgn berbagai kelebihan. Syarat utk wanita masuk syurga begitu mudah.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
"Seorang wanita yg mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa
wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kpd suaminya maka pasti dia
akan masuk syurga dari pintu mana saja yg dikehendakkinya." (HR Abu Nuaim)
Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
"Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan
seorang wanita yg melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7
pintu neraka & dibuka 8 pintu syurga yg mana dia dpt masuk dari pintu mana
saja tanpa hisab."
Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
"Tidaklah seorang wanita yg haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi
dosa2nya yg telah lalu. Dan pada hari pertama haidhnya membaca
"Alhamdulillahi 'ala kulli hal wa astaghfirullaha min kulli zanbin"
maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dgn mudah melalui sirat, aman
dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 org syuhada apabila dia
selalu berzikir kpd Allah selama haidhnya."