Sunday, November 30, 2014

aku insan lemah.........

bermonolog aku sendirian. emm, layakkah aku memegang jawatan itu. sepertinya masih ada sahabat yang semampunya memegang jawatan itu.

dalil : firman alllah S.W.T ; Allah tidak akan membebani nasib seseorang melainkan dia tahu kemampuan seseorang itu. surah (al-baqarah, 286).

Tapi... aku banyak dosaaa

ingatlah adakah dosa itu Allah tidak akan ampun, tidak percayakah kita yang Allah bersifat pengampun. Percayalah, lantikan kita dalam kalangan syura akan mendapat pertolongan allah.

Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya :”Wahai Abdul Rahman bin Samurah Jangan engkau meminta jawatan pemimpin . Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat –bulat kepadamu .Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu . (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


kepimpinan melalui tauladan

kepimpinan yang dicari ialah kepimpinan islam. Sejarah membuktikan beberapa pemimpin islam yang berjaya sejak zaman Rasulullah, zaman para Sahabat dan zaman tabi' tabien. kita lihat salahudin al-ayyubi, sultan muhammad al-fateh dan umar abd aziz. mereka-mereka ini gah dizaman semasa pemerintahannya.

imam Hassan al-Bana berkata " dirikanlah daulah islamiah didalam diri kamu, nescaya islam akan tertegak". ayat ini jelas menyatakan islahkan diri, benarkan aqidah dalam diri dan tunjukkan keperibadian islam kepada masyarakat. 

Kepimpinan dalam merentas masa kini, kita dapat lihat semakin banyak ideologism dan fahaman-fahaman yang jiga kita gagal ikut panduan al-Quran ianya akan tersasar. antaranya pluralisme, liberalisme, nasionalisme, sekularisme dan banyak lagi.

Dalam mendepani ideologi ini peranan pemimpin itu sangat besar. justeru pemimpin tadi perlu berjiwa besar, ia perlu adakan sesi diolog bagi memberi fahaman yang jelas kepada masyarakat contohnya.

dalam hadis nabi ada menyebutkan 3 cara menegah kemungkaran :
  1. menegah menggunakan tangan (kuasa)
  2. menegah melalui lisan
  3. menegah melalui hati.

jadi seeloknya jika sudah diangkat jadi pemmpin, kuasa tadi ada untuk menegah kemngkaran. amalkan amal maaruf nahi mungkar. semoga sepanjang kepimpinan sentiasa dibawah rahmat Allah. 

*tulisan penulis- hanya pandang sisi seorang penulis yang lemah