Wednesday, March 7, 2018

Padi Organik di Sri Lovely Farm Sik Kedah


Negeri Kedah  yang dikenali sebagai negeri di jelapang padi merupakan pengeluar beras utama di Malaysia. Perubahan arus masa telah mengubah cara hidup masyarakat khususnya dalam bidang pertanian. Jika dahulu, petani hanya menggunakan kerbau untuk membajak tanah namun kini sudah berubah. Pelbagai jentera digunakan untuk kemudahan para petani moden kini.

Sistem Intensifikasi Padi (SRI) mula diperkenalkan oleh Henri de Laulanie di Madagascar pada tahun 1983. Sistem ini yang semakin berkembang telah diguna pakai di kebanyakan negara seperti Indonesia, Filipina, Brazil dan beberapa buah negara lagi.
Di Malaysia, Sri Lovely Organic Farm antara yang terawal menggunakan Sistem Intensifikasi Padi (SRI). Sri Lovely yang bertempat di Sik, kedah ini telah memulakan operasi ini pada pertengahan tahun 2010.



Sawah dikeringkan terlebih dahulu bagi
memudahkan pekerja melakukan kerja
Pada 5 Mac 2018 lalu satu Program Komuniti telah dianjurkan bagi mempromosikan lagi perusahaan padi organic. Majlis  ini  dihadiri oleh Vip-vip jemputan seperti YB Datuk Mohd Tajudin Bin Abdullah, Exco Kerajaan Negeri dan juga Adun Belantek, Dato’ Azlie Halim, CEO Intermedia Network, Nik Fauziah ab Manaf, Pengarah Business Development Intermedia Network dan Souhaila Boudir, Corporate communications Intermedia Network.

Turut bersama majlis ialah beberapa penyelidik dari universiti awam untuk melihat sendiri keupayaan Sistem Intensifikasi Padi (SRI) dalam menghasilkan padi yang terbaik. Antara yang hadir,  DR Nurul Salmi Abdul Latip dari Fakulti Biologi Alam Sekitar USM, Prof. Dr. Che Azlan Taib, Pengarah Disaster Management Institute(DMI) UUM, Dr. Mohamad Ghozali Hassan, ahli Disaster Management Institute(DMI) UUM, Dr. Kamaruddin Radzuan, ahli Disaster Management Institute(DMI) UUM, Mohamad Afiq Fahmi Ismail dan AbdulQodir Mohamed yang kedua-duanya merupakan  pelajar UUM.

Turut memeriahkan majlis sekitar 40 peserta dari Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah(KEDA), para pekerja Sri Lovely Farm dan juga orang kampung.
Pemprosesan padi sedang dijalankan oleh para pekerja.

Falsafah Tentera di dalam Sri Lovely Organic Farm

Pada asalnya kawasan ini hanya fokus pada penanaman padi kini Sri Lovely meluaskan dalam penternakan ikan air tawar dan juga perusahaan madu kelulut.

Menurut penyelia tempat, Kapten (B) Zakaria bin Kamantasha, nama Sri Lovely diambil dari singkatan Sri Lintang Organic Valley dan memasarkan dengan jenama Sri Lovely Organic.
Melihat perkembangan pertanian padi yang semakin maju dengan teknologi telah membawa Zakaria Kamantasha untuk memulakan padi organik. Semuanya atas kesedaran untuk mengelakkan dari penggunaan baja kimia keatas padi yang merupakan sumber makanan utama penduduk di Malaysia.

Zakaria Kamantasha yang juga merupakan Pengerusi Koperasi Agro Belantik Sik Berhad menegaskan, jerami yang ada tidak akan dibakar atau dijual sebaliknya diproses untuk dijadikan baja.
Zakaria atau lebih mesra disapa dengan gelaran kapten ini menceritakan bagaimana dia mengaplikasikan konsep tentera dalam Sri Lovely Farm. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai tentera menggunakan konsep Administration(pengurusan), Group(kumpulan) dan juga Quatet Supply (bekalan kuota) (AGQ). Ketiga-ketiga konsep ini saling berkait yang akan menghasilkan sesuatu output yang terbaik. Lanskap yang direka juga berkonsepkan penempatan tentera dengan dikelilingi hutan dan sangat berhampiran dengan sumber air. Struktur bangunan yang direka juga berasaskan alam semulajadi seperti pokok kayu, buluh dan juga daun rumbia
Rumah menjemur padi

Seawal penubuhan Sri Organic sekitar tahun 2010 sehingga kini sudah pasti terdapat pelbagai halangan terutama dari segi kewangan. Namun ianya tidak melemahkan semangat Kapten Zakaria malahan membuatkan beliau semakin berusaha untuk mengembangkan hasil Sri lovely Organic keserata dunia. Sehingga kini pihaknya sudah berkolaborasi dengan pelbagai agensi penyelidikan dan pembangunan seperti MARDI, KEDA, Intermedia Network dan juga UUM.

Sri Lovely Farm sebagai tempat Agro Pelancongan

Selain membantu dari segi ekonomi penduduk kampung Sri Lovely juga berperanan sebagai tempat penyelidikan dan pelancongan. Sri Lovely telah menjadi rujukan padi organik apabila penyelidik dari dalam dan luar negara turut berkampung di sini bagi mendapatkan maklumat.

Bagi memudahkan pelancong dan juga penyelidik di sini juga disediakan kemudahan-kemudahan seperti dewan terbuka, beberapa unit rumah tumpangan dan juga beberapa unit pondok rehat sesuai untuk berehat atau bermalam.

Menurut Emanuele seorang pelancong dari Genoa Itali, beliau telah berada di Sri Lovely selama sebulan. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Manan, menceritakan beliau mengetahui mengenai Sri Lovely ini hanya melalui website.

Beliau yang bekerja dalam bidang perkapalan di Cambodia telah mengembara ke Malaysia untuk melihat sendiri alam semulajadi di Malaysia.

Katanya, disini beliau temui kedamaian dengan persekitaran yang sangat cantik, dikelilingi hutan berbukit, sungai dan juga bunyi-bunyian alam. Disamping penduduk disini yang sangat harmoni, saling membantu dan juga menyantuni tetamu terutama masyarakat luar dari Malaysia.
Kapten Zakaria (Enam dari kanan) menerima sumbangan berupa buku dari pihak UUM.


Monday, August 22, 2016

Bekelah Waterfalls Maran

Sabtu
20 Ogos 2016

Perancangan yang hanya bermula dengan perbualan kosong. Hakikatnya, begitulah dalam alam realiti. Apabila berbual dialam Whatsapp sangat sukar untuk direalisasikan. Tapi kali ini aku nekad untuk membuat aktiviti ini benar-benar jadi.

Bermula dengan perancangan ingin ke Genting Highlands sebab ingin mencuba Cable Car katanya free. Tapi atas dasar rasa tak yakin akhirnya kami memilih untuk ke air terjun. Tapi air terjun mana nak pergi!!!

Lalu terlintas dalam fikiranku agar menuju ke Bekelah Waterfall, Maran.




Bagaimana ingin ke sana?

Aku bergerak dari Temeloh terus melalui jalan lama melalui Maran. Kalau dari temerloh tak lama, paling lama pon anggaran satu jam menaiki kereta. Melepasi bandar Maran lebih kurang 35-40 kilometer kami sampai di persimpangan Hutan Lipur Bekelah. Simpang dalam kawasan kg Paya Bungor, so kalau dh sampai kg ni, kena slow2 la sebab kadang-kadang simpangnya kita boleh tak perasan.

Masuk je simpang, jalan kampung tepinya sungai, air memang jernih. Korang akan jumpa jalan bertar kemudian jalan batu kerikil. Teruskan bergerak sampaila ke kawasan Hutan Lipur Bekelah.

Dibawah ini akanku tunjukkan moment2 best saat disana.

ada pintu gerbang

mencari bugeimon
Dari bawah tempat aktiviti bersama family tu, kalau nak ke waterfalls hanya jalan melalui jalan yang sudah siap bersemen. seperti gambar di pokok buluh diatas. Tapi jalan bersimen hanya sedikit, hanya sampai di tempat pembuangan sampah.

But don worry jalan very2 difficult. jalan terus lagi sehingga dengar bunyi air terjun. akan membuat org yg mendengarjadi semangat.

level satu


sampai dah!!! Tapi ni baru level 1 kawan2, ada lagi.. nantikan........




still ada coverage ermmm cari bugeimon ke?


disini level 2, see ada juga org camp disini. actually setiap level boleh camp. hihihi
okay next plak!!!









apabila kami sampai dilevel 5, ramai sangat org sampai takde port nak melepak. so kami naik lagi sampai level 6. gambar diatas ni level 6. port letak beg bawah pokok. sempoi woii..

nak tgok level 7???

.............................

..............................









nampak tak level 7 ??? cantik bukan ?

sebelum tu layan dulu video


bye Assalamualaikum







Monday, December 21, 2015

SINAR GEMILANG


SUASANA PETANG DICERIAKAN DENGAN KEHADIRAN ANAK-ANAK KECIL


INILAH HOUSEBOAT TEMPAT TINGGAL KAMI JUGA KENDERAAN KAMI UNTUK KESINI





SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG