Tuesday, May 7, 2013

mengapa islam tidak menang?


Mengapa islam tak menang lagi?
Menjadi persoalan dalam diri
Kenapa islam susah nak menang.
Kita dah bekerja keras, tapi
Tapi kenapa tak menang lagi??
Kita asyik bertanya mengapa islam
Tidak menang tp pernahkah kita Tanya
Balik apa amalan yang telah kita buat.
Adakah amalan yang kita buat cukup
Untuk menangkan islam.
Kita mahukan islam menang dalam
Masa yang sama kita lakukan maksiat.
Adakah ini baik untuk agama, tidakkah
Kita terfikir ianya akan mendatang fitnah
Untuk agama, PERNAHKAH kita terfikir??
Kita mahu islam terletak ditempat yang
Tertinggi dalam masa yang sama kita tinggalkan
Solat, melambat-lambatkan waktu solat, kurang solat
Berjemaah. Pernahkah kita pesoalkan mengapa
Ini terjadi.. tidak pernah sesekali..never..
Siapa yang patut kita salahkan.
Kita sebenarnya tidak kalah, kita
Masih berjuang, berjuang dibawah
Panji-panji islam, dibawah kalimah
Yang SATU. Percayalah janji ALLAH..
Kalau kita putus asa, kita mengalah kerana
Tidak mencapai kemenangan, adakah kita lemah.
Mengapa umat-umat terdahulu, ulama-ulama
Tidak jemu untuk berjuang..kenapa kita lemah.
KERANA kita lemah iman..jika dilihat sejarah
Mereka tidak pernah lelah untuk
Berhenti berjuang.
Kita melihat contoh penakhlukan
Kota konstantinople, kalaulah mereka
Berputus asa tidak adalah Negara islam turki.
Sedari saat nabi MUHAMMAD S.A.W
Mengungkapkan, sabdanya konstantinopel
akan ditawan tentera islam, rajanya sebaik-baik
raja, tenteranya sebaik-baik tentera, dan
rakyatnya sebaik-baik rakyat.
Sejak itu bermulalah umat islam berlumba
Lumba membebaskan konstantinopel untuk
mendapatkan penghormatan yang
dijanjikan oleh ALLAH SWT dalam hadis tersebut.
Walau bagaimanapun kesemua kempen
Yang dilancarkan menemui kegagalan.
Diantaranya lima kempen dizaman kerajaan umaiyah
Satu kempen dizaman kerajaan abbasiyah dan
Dua kempen dizaman uthmaniyyah.
Kita dapat lihat bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh
Merealisasikan kejayaan ini dengan mengembleng
Seluruh tenaga, menelusuk seluruh kampung
Semata-mata mahu melihat rakyatnya. Memilih
Tentera hanya mereka yang benar-benar bertakwa,
Tidak tinggal solat Jemaah, adakah kita sama
Dengan mereka??
Mengapa kita tidak sekuat mereka, kita mahukan
Kemenangan islam tetapi diri kita, aurat kita,
Pergaulan kita, ibadah kita, hubungan kita dengan ALLAH,
Hubungan sesame manusia, adakah kita layak untuk
Bersama-sama kemenangan islam…
Nilai diri kita, muhasabah balik amalan kita,
Yang tak elok kita perbaiki, kenalpasti masalah
Kita perlukan perubahan, mahukah kita sentiasa
Ditakuk lama, masih dibelengu oleh dosa-dosa silam..
pastinya kita tidak mahu keadaan berterusan sebegini..
ayuh ubah,kita hijrah kearah kebaikan.....
Kuatkan ukhwah kita sesame muslim, perbanyakan ibadah,
Diiringan dengan doa, jaga ikhtilat, menjaga percakapan
Juga perbuatan. Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM
Dekatkanlah kami dengan talimu, hindarilah kami
Dari segala perbuatan mungkar, segala kemaksiatan
Selamatkanlah kami dari fitnah dunia dan fitnah dajjal,
Selamatkan kami dari azab kubur,selamatkan kami dari
Dibelengu hutang dan hindarkan kami dari azab api neraka.
Sama-sama muhasabah untuk kepentingan ummah

Dari insan yang tidak terlepas dari dosa,insan yang fakir
Insan yang pernah melupakanNYA seketika. Ya ALLAh ampunkanlah
Hambamu yang lemah ini.

No comments:

Post a Comment