Tuesday, December 10, 2013

Amanah

Suatu hari imam al-Ghazali bertanya kepada anak muridnya, apakah yang paling berat dimuka bumi ini. Pelbagai persepsi daripada nak muridnya tentang amanah. Ada yang menjawab batu, besi dan sebagainya. Imam Al-Ghazali mengatakan semua itu benar akan tetapi yang paling berat ialah memegang amanah.

Firman Allah SWT :

                “ Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab  amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan pada ketika itu manusia dengan persedian yang ada padanya sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”
(surah Al-Ahzab : 72)


Sungguh amanah itu berat, sehinggakan  tidak ada satu pon makhluk Allah yang mahu menjadi khalifah dimuka bumi ini. Sungguh aku tak meminta jawatan. Aku tahu kemampuan diriku. Akan tetapi aku yakin Allah tidak akan membebani hambanya. Allah lebih tahu akan kemampuan hambanya dalam menempuh segala rintangan hidup.

Aku hanya mampu berharap apa yang diamanahkan pada diriku ini sebagai satu batu loncatan untuk kemajuan diriku juga untuk islam. Aku berharap apa upaya yang aku lakukan hanya untuk menggapai redha Allah.

Sungguh aku terpana, seperti dalam sekelip mata aku diterima satu persatu jawatan. Aku terkejut, bermonolog aku sendirian, “betulkah apa yang aku dengar, layakkah diriku ini, kenapa mesti aku”.

Sabda Rasulullah S.A.W :

Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya :”Wahai Abdul Rahman bin Samurah Jangan engkau meminta jawatan pemimpin . Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat –bulat kepadamu .Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu . (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Hadis ini menerangkan kepada kita larangan dari meminta jawatan. Sungguh aku diberi tanggungjawab, dan aku tidak boleh lari daripada amanah ini. Aku berharap pertolongan Allah akan hadir untuk membantu hambanya yang masih memerlukan pertolongan. Sesungguhnya kamilah penolong agamamu.





6 comments: