Sahabat?
Satu perkataan yang kita dengar apabila ada yang sentiasa menemani diri dikala
suka dan duka. Betol ke? Yea!! Sahabat yang baik ialah mereka yang sentiasa
bersama tidak kira dalam keadaan susah atau senang. Bagi saya, pergertian saya
tentang sahabat ialah seorang sahabat yang boleh mengubah hidup kita menjadi
lebih baik. Mereka sentiasa menegur dikala kita melakukan kesusahan.
Bagaimanapun mereka akan menegur dengan cara paling berhemah tanpa ingin
mengguris hati mana-mana pihak. Mereka ibarat bintang, meski jauh dia tetap
bersinar, meskipun dia menghilang, dia tetap ada, tak mungkin dimiliki namun
tak mudah jua untuk dilupakan.
Sahabat
akan selalu meluangkan masa dalam kebersamaan untuk merapatkan ukhwah. Hingga
ada yang kata ukhwah fillah till jannah. Hee.. Macam-macam gaya dan tagline
yang kita dengar.. tapi betol jugak, kita mesti nak hubungan kita berkekalan
hingga kesyurga. Biar kita masuk syurga sama-sama. JANGAN MASUK NERAKA
SAMA-SAMA PLAK!!. Itu bukan sahabat yang baik tau. :)
Melalaui
pendefinisian tadi bukan lah bermakna saya ingin simpulkan kita tidak boleh
memilih sahabat-sahabat yang rosak akhlaknya. Sekiranya kita berkawan
dengangolongan sebegini, apakah peranan kita dalam mengawal situasi ini? Apakah
praktikal yang wajar kita ambil dalam menjadikan diri kita sebagai sahabat
sejati? Kita tidak perlu tunduk pada mereka, kita perlu ikut selagi tidak
melanggar syarak, dalam masa sama kita terapkan nilai-nilai keislaman dalam
segala aktiviti mereka.
Andai mereka
sukakan hiburan, kita raikan mereka. Kerana dalam islam ada hiburan. Islam itu syumul,
merangkumi segala aspek kehidupan. Tetapi biarlah hiburan mengikut islam jangan
islam mengikut hiburan. Maksudnya berpada-pada dalam berhibur. Jangan sampai
jadi lalai. Jangan sampai kita membuang
masa dengan perkara-perkara lagha.
Ayuh sahabat-sahabat,
pimpin kenalan-kenalan kita menuju syurga ilahi. Dunia adalah penjara untuk
mereka yang beriman dan syurga untuk mereka yang tidak beriman. Dunia hanya
sementara, adakah kita lebih memilih syurga yang tidak kekal berbanding yang
akan kekal diakhirat kelak.
" sahabat
ibarat tangan dengan mata.
Saat tangan terluka mata akan
menangis,
saat mata menangis tangan akan menghapuskannya."
nice :)
ReplyDeletekita adalah reflection kepada kawan kita.
ReplyDeletepenting utuk cari kawan yg baik
betol.. diri kita mencerminkan sahabat ..
ReplyDeletemasih dalam perbaiki diri.. thnx yang memberi sokongan.. :)
dengar nasyid sigma-senandung ukhuwwah. rasanya, sesuai tuk y ni :)
ReplyDeleteSuka nasyid indonesia ke.. Bgus2.. :)
ReplyDelete