Menghayati sesebuah lagu nasyid, membawa satu makna
yang mendalam. Di sebalik lirik-lirik yang di cipta pasti ada kisah di
sebaliknya. Apabila aku menghayati nasyid bertajuk pemilik hati yang
dinyanyikan oleh kumpulan Hijjaz. Hati terdetik suatu perasaan bahagia. Andai ada kisah seperti bait-bait lirik itu,
pasti indah.
Jadi, apa yang aku faham dari lirik itu mengenai
seorang pemuda yang menanti seorang kekasih yang akan menemaninya di kala susah
dan senang. Mungkin pemuda itu pernah tersungkur lantas menginsafi dirinya dan
hanya menanti jodoh ketentuan dari Illahi. Di saat dia menyendiri sepi, Allah
telah hadirkan insan yang tak pernah di sangkakan. Bahagia terukir di hatinya
setelah menjadi yang halal untuknya. Itu hanya pandangan aku.
Bicara tentang cinta, aku pasti semua pasti pernah
terkena virus tu, mungkin dalam sedar atau tidak termasuk juga aku. Ya, mungkin
aku.. Makna cinta terlalu luas sebenarnya, namun di sebalik perkataan cinta itu
ada dua kesan darinya. Apa? Iaitu halal dan haram. Semuanya itu atas kita untuk
memilihnya yang akan membawa ke syurga atau sebaliknya.
Aku ada satu kisah, mungkin sebagai perkongsian. Aku
tahu bila mengenai cinta, ia pasti ada terjebak dalam jurang itu. Itu sudah
lumrah dan fitrah manusia yang lemah sebagai hamba Dia. Kisah ini mengenai diriku.
Seperti dengan seorang hamba Allah yang lain. Aku juga
pernah terjebak. Ya, bila mula bercinta,
orang kata semuanya menjadi indah mungkin sehingga aku betul-betul percayakan
seorang perempuan ini dan yakin akan cinta kami. Aku sangat yakin perempuan ini jodoh kelak. Hingga aku terlupa yang semuanya atas ketentuan-Nya. Namun, orang kata hari tak selalunya
cerah. Akhirnya aku ditinggalkan di sebabkan lelaki
lain. Surely perasaanku ketika itu hancur, sedih, sebak.. TAPI, kerana Allah
sayangkan diriku, Allah telah sedarkan hatiku. Terdetik di hatiku, mengapa di
kejar sesuatu yang tak pasti? Aku sedar, apa yang selama ini aku lakukan
hanyalah sia-sia. Aku kembali mengejar fitrah sebagai hamba Allah dalam ingin
mengapai cinta Illahi. Aku percaya jodoh itu pasti ada bila saatnya nanti walau
lambat atau cepat. Aku percaya itu..
Kini aku bahagia bersama-sama sahabat seperjuangan yang sama fikrah, andai aku tergelincir merekalah yang akan menarikku. Semoga kami thabat dalam perjuangan ini. Ameen..
Mungkin saat ini aku masih lagi menyendiri, tapi aku
bahagia dengan cinta dariNya. J
Perjuangan aku masih lagi panjang.. Akan terus menanti
si pemilik cinta untuk hati ini.
“Walau cinta
pada insan itu bahagia tapi ada dukanya,
Tapi cinta pada Illahi
itu sentiasa bahagia dan pasti akan terus bahagia”
Moga terus berjuang mengapai redhaNya. Setiap insan itu ada kekurangannya, kalau jatuh tersungkur, bangunlah dengan tabah..:) sma2 kita berusaha..
ReplyDeletesemalam aku jatuh, harini aku bangun menggapai redha ilahi.. terima kasih sahabat.. :)
ReplyDeleteSya ckp pun untuk dri sendiri jgak.. sebb pernh kena jga.. sama2 sling ingt mengingati.. :)
ReplyDeleteSaya sgt syg sahabat saya.. Saya x mampu nk bimbingnya.. Saya hanya mampu berdoa dia berubah.. :(
ReplyDeleteFitrah manusia.. Tak mengapala, sentiasa doakannya. Mudah-mudahan hatinya terbuka suatu hari nnti. Kemungkinan setiap insan pasti merasai, dan bila terkena barulah sedar akan segalanya.. Macam saya :)
ReplyDeleteoke.. hee.. :)
ReplyDelete