Sunday, November 30, 2014

aku insan lemah.........

bermonolog aku sendirian. emm, layakkah aku memegang jawatan itu. sepertinya masih ada sahabat yang semampunya memegang jawatan itu.

dalil : firman alllah S.W.T ; Allah tidak akan membebani nasib seseorang melainkan dia tahu kemampuan seseorang itu. surah (al-baqarah, 286).

Tapi... aku banyak dosaaa

ingatlah adakah dosa itu Allah tidak akan ampun, tidak percayakah kita yang Allah bersifat pengampun. Percayalah, lantikan kita dalam kalangan syura akan mendapat pertolongan allah.

Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya :”Wahai Abdul Rahman bin Samurah Jangan engkau meminta jawatan pemimpin . Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat –bulat kepadamu .Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu . (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


kepimpinan melalui tauladan

kepimpinan yang dicari ialah kepimpinan islam. Sejarah membuktikan beberapa pemimpin islam yang berjaya sejak zaman Rasulullah, zaman para Sahabat dan zaman tabi' tabien. kita lihat salahudin al-ayyubi, sultan muhammad al-fateh dan umar abd aziz. mereka-mereka ini gah dizaman semasa pemerintahannya.

imam Hassan al-Bana berkata " dirikanlah daulah islamiah didalam diri kamu, nescaya islam akan tertegak". ayat ini jelas menyatakan islahkan diri, benarkan aqidah dalam diri dan tunjukkan keperibadian islam kepada masyarakat. 

Kepimpinan dalam merentas masa kini, kita dapat lihat semakin banyak ideologism dan fahaman-fahaman yang jiga kita gagal ikut panduan al-Quran ianya akan tersasar. antaranya pluralisme, liberalisme, nasionalisme, sekularisme dan banyak lagi.

Dalam mendepani ideologi ini peranan pemimpin itu sangat besar. justeru pemimpin tadi perlu berjiwa besar, ia perlu adakan sesi diolog bagi memberi fahaman yang jelas kepada masyarakat contohnya.

dalam hadis nabi ada menyebutkan 3 cara menegah kemungkaran :
  1. menegah menggunakan tangan (kuasa)
  2. menegah melalui lisan
  3. menegah melalui hati.

jadi seeloknya jika sudah diangkat jadi pemmpin, kuasa tadi ada untuk menegah kemngkaran. amalkan amal maaruf nahi mungkar. semoga sepanjang kepimpinan sentiasa dibawah rahmat Allah. 

*tulisan penulis- hanya pandang sisi seorang penulis yang lemah



Thursday, May 22, 2014

Epilog Cinta 2

Bingkisan ini ku tujukan kepada anak-anakku di luar sana yang sering bertanyakan bagaimana menghadapi kekecewaan cinta. Mudah-mudahan kata-kataku yang tak seberapa ini sedikit meringankannya..

Anakku.. Cinta itu tumbuh tanpa paksaan, tidak dapat ditahan, juga tidak boleh dipaksakan. Itulah hakikat cinta.. terkadang umpama ia bunga liar yang boleh tumbuh di mana saja tanpa memilih pasu atau di tanah lapang. Ia tumbuh, berkembang dan layu mengikut caranya tersendiri.

Awaslah.. sekali cinta itu tumbuh, ia tidak mahu peduli lagi.. apa cinta itu akan ikut muncul di hati yang dicintai atau tidak. Tiada suatu apa pun yang dapat memaksakannya. Bagaimana dapat engkau paksakan cinta.. sedang kau hati sendiri tidak dapat menerima bila dicintai.

Bila cinta itu tidak mekar di hati yang kau cintai.. jangan kau kecewa dan menuduh si dia itu tidak adil. Kalau begitu, engkau juga tidak adil.. kerana kau juga melakukan hal yang sama ke atas hati-hati lain yang mungkin mencintaimu separuh mati. 
copypaste
pesan ayahanda #ustaz karim
Adilkah memaksa sesuatu yang tidak mungkin akan tunduk kepada paksaan?. Apa gunanya kau mengetuk pintu yang tidak akan dibukakan untukmu. Usah kau berpura-pura,.. membayang-bayangkan yang pintu itu akan terbuka suatu ketika nanti.. sedang engkau tidak tahu berapa lama akan menunggu. 

Daripada terus-terusan dikecewakan, ketuk saja pintu yang lain.. di sana pasti ada yang sedia membukanya untukmu. Jangan tutupi hatimu seperti jendela, hingga cahaya sukar menembusinya. Lihatlah warna warni pelangi yang girang di luar sana dari merenung warna-warna suram di jendela hati yang menyedihkan.

Engkau berhak hidup bahagia. Jangan persiakan kehidupan yang singkat ini, jangan..



Sunday, May 18, 2014

epilog cinta

Ku tujukan tulisan ini kepada anak-anakku di luar sana yang mungkin sedang berduka, merawat cinta luka. Semoga kata-kataku yang tak seberapa ini mampu meringankannya..

Anakku..

Cinta itu adalah anugerah ALLAH yang terindah. Andai kau rasa terluka atau derita.. itu bukanlah kerana cinta, tetapi kerana kegagalanmu mengenal hakikat cinta atau tersilap meletakkan pada tempatnya.

Pertama; Cinta itu tiada syarat
Cinta boleh muncul tanpa syarat wajib berbalas. Ia boleh tumbuh mekar dan bersemi di hati, tetapi tidak pasti akan ikut pula tumbuh di hati yang dicintai. Jangan meletakkan keindahan cinta hanya apabila terbalas, Mencintai dalam diam pun sudah cukup buat kau nikmati keindahannya.

Kerana itu.. jangan kau ikat dengan syarat pada sesuatu yang bebas tidak bersyarat,, nanti ia berbalik menentang mu. Engkau boleh saja berusaha dan berharap agar terbalas.. namun ingat!..Ia tidak dapat ditundukkan untuk memenuhi syarat yang kau inginkan. Cinta akan tetap kekal dengan sifatnya itu.. bebas tanpa syarat.

Andai engkau kecewa dan terluka, jangan salahkan cinta.. tapi salahkan diri kerana gagal mengenal hakikat cinta.

Pesanan ayahanda
copy paste - ustaz karim

Tuesday, May 13, 2014

Pesanan Buat Diri Juga Buat Ummah

assalamualaikum warahmatullah sebagai pembuka bicara.
alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi bertemu lagi kita didalam blog pencari redha Allah, moga Allah redha.

ingin saya nukilkan satu pesanan pada ummah terutama buat diri saya yang kerdil ini lagi cetek ilmunya. sukanya saya ingin kongsi 2 perkara yang penting terutama kita sebagai daie dan umat islam.

pertamanya wajiblah dalam diri kita ada rasa kebertanggungjawaban sebagai pendakwah. maksudnya janganlah kita bila dapat sesuatu taklifan kita lari dari melakukan amanah yang diberatkan pada kita.
sebagaimana hadis nabi s.a.w

"كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
"

(riwayat bukhari)
“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.”

kita memang dilahirkan sebagai pemimpin dari setinggi-tinggi pemimpin sehinggalah serendah-rendah pemimpian hatta memimpin diri sendiri juga diklasifikasikan sebagai pemimpin. maka, apa daya usaha, segala yang kita gembleng akan ditanya oleh Allah.

bila adanya pemimpin, maka dengarlah dan taat segala arahan pimpinan. namun dalam ketaatan haruslah diselitkan rasa mahabbah sebagai titik tambah kesukaan kita dalam menjalankan kerja-kerja dakwah. ketaatan juga tidak ada pada perkara-perkara maksiat.  

keduanya, menjaga nama baik islam lagi-lagi mereka yang berada didalam organisasi yang memperjuangkan agama. wajiblah kita sebagai pendakwah memvariasikan jalan dakwah itu sendiri. pentingnya variasi dakwah agar mereka tidak pandang islam ini terlalu jumud sedangkan islam adalah syumul. para pendakwah juga haruslah lebih dari yang lain. jangan jadikan kita sama seperti mereka yang bukan islam atau mereka yang ambil islam separuh-separuh. sebaliknya tunjukkan kehebatan dalam diri agar pandangan mereka akan tertumpu yang islam sangat mulia.

para pendakwah juga mempunyai adab yang tinggi lebih dari mereka-mereka yang tidak berada didalam gerakan kerja-kerja pendakwah. pancarkan keperibadian yang mulia dalam diri, mudah-mudahan mereka yang non muslim akan tertarik dengan keperibadian islam. Insya Allah.


Thursday, May 8, 2014

Coretan Malam 2

Satu perkongsian yang menarik bersama al-fadhil ustaz rashidin. program yang berbentuk talk dan disertakan dengan ldk. antara pengisian didalam " REMAJA DUNIA REMAJA AKHIRAT". jadilah pendakwah yang hanya lakukan dakwah kerana Allah semata-mata.

namun bingkisan yang ingin aku coretkan disini bukanlah berkaitan program tadi. seusai balik dari pusat islam, terdapat satu peristiwa yang sangat menyentuh diri. sangat lemah bila terkenang kembali dosa-dosa silam. kusangkakan panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengah hari. mungkin inilah perumpaan yang sesuai digambarkan didalam situasi ini. 


termenungku sendirian, adakah ini balasan yang ku dapat setelah apa yang aku lakukan pada dirimu. pernah aku cuba menyangka baik kepadanya, namun saban hari ia semakin menyingkap segala permasalahan. 
ternyata ungkapan yang diucapkan olehnya suatu ketika dulu hanyalah untuk melepaskan diri. 


pesanan untuk anak muda, janganlah jadikan hawa nafsu sebagai tuan kepada akal. fikirlah demi masa depan kita sebagai mahasiswa, anak dan juga rakyat. lagi-lagi kita sebagai mahasiswa islam. tunjukkan keperibadian islam dalam diri, pancarkan akhlak islam.  

sekali lagi mohon ampun andai diriku ini punca kepada segala permasalahan awak.





Tuesday, April 22, 2014

Survival Camp #klk #lastsemester Gunung Jerai

tido dalam hammock je, nasib hujan x lebat



sempat berselfie


bergambar sebelum turun gunung jerai

bacaan doa sebelum memulakan perjalanan merentas gunung



kembara 04 lelaki



kembara 04 perempuan




puncak gunung jerai

jerai regency


Tuesday, March 11, 2014

coretan malam

uum dulu bukan sekarang, seiring dengan penubuhannya 30 tahun. majlis-majlis ilmu dan program-program kerohanian semakin subur dibumi sintok tempat kami menuntut ilmu. semoga pelajar uum juga seiring dalam pembentukan diri menjadikan akhlak islamiah sebagai tunjang.

teringat semasa program kelab kerohanian uum bersama pengarah pusat islam, terdapat satu soalan dari mahasiswi, " bagaimana mahu mencegah mahasiswa/wi yang berdua-duaan terutama pada waktu malam". aku bermonolog sendirian, "terima kasih Allah bagi peluang kedua untuk diriku". disaat aku melihat pasangan couple-couple aku lemah, aku tidak mampu untuk menegur. aku gagal dakwah dilapangan.

aku masih terimbau dengan kenangan silam, seolah mahu sahaja aku meninggalkan nostalgia disini. kemana diri ini pergi pasti ada kenangan-kenangan yang jahil. namun aku uba kuatkan diriku. andai tidak punya sahabat pasti aku rebah.

aku amat menyambut baik pemurnian yang akan dibawa oleh pusat islam. mahu menjadikan usrah dan kuliah satu program yang diwajibkan untuk semua mahasiswa/wi. nak jadi lawyer, jadilah lawyer yang beriman, nak jadi engineer jadilah engineer yang beriman. nak jadi apa-apa pun pastikan beriman dengan sebenar-benar iman.

pesanan untuk ... melepaskan seseorang atas niat nak berubah kearah kebaikan, bagus dah. tapi jadi tak bagus bila lepaskan seseorang atas niat nak berubah tapi tak berubah malahan tetap dengan perangai lama. tolongla ambil kira pandangan orang sekeliling.



Wednesday, February 26, 2014

21 tahun

21 tahun dahulu tanggal 27 february 1993 lahirnya hamba Allah yang mana disaat kelahirannya ramai adik beradiknya yang menyambut. lahirnya bayi adalah seorang yang suci, suci daripada dosa.

namun kini usiaku sudah menginjak ke 21 tahun. aku terpana, kerana selama 21 tahun tidak ada jasaku pada islam. sedangkan Sultan Muhammad Al-Fateh memimpin negara ketika berumur 17 tahun dan menakhluki konstantinople pada belasan tahun. melihat kepada sejarah, ramai tokoh-tokoh islam yang mana ketika usia remaja atau kanak-kanak mereka sudah menonjol dari segi kelebihan. aku pula, masih lagi leka dengan dunia. aku seorang pendosa. kalau dulu aku ibarat kain putih, kini penuh arang terconteng dipermukaanku. teringat akan nasihat abang farid malam tadi " aku kalau takde peluang kedua aku pon macam korang, ntah aku x bekerja kot, alhamdulillah aku diberi peluang kedua". nasihat untuk korang peluang sentiasa ada, kita je nak cari or xnak. tapi jika dh dpt peluang jgn lepaskan, takut ianya tidak akan kembali lagi.

 malam sebelum 27/ 2 aku ditugaskan merencana suatu program berkenaan akademik. disini bermula titik tolak didalam diriku.   aku hampir teresak tatkala dewan seminar masih lagi tidak dibuka sedangkan jam sudah menunjukkan hampir pkul 9 yang mana program akan bermula jam 9. disinilah kita betul diuji, melihat bagaimana kita mengawal emosi.  kita merancang,  Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah. allhamdulillah dewan  akhirnya boleh dibuka sebelum pkul 9. walaupun, bermula agak lambat namun kepuasan tu ada setelah selesai program. bagi saya, kali pertama buat program mungkin ini yang terbaik pernah saya lakukan untuk rakan-rakan dan sangat-sangat hargai mereka yang bekerja bersama. satu hadiah yang paling bernilai untuk tahun baru pada kali ini. tak perlu hadiah yang material, perkara seumpama ini cukup untuk diri kita.

pengalaman boleh menjadi guru terbaik.

malam tadi punya cerita selepas program


takut nak potong


Sunday, February 16, 2014

engkau ditakdirkan untukku

Terucap syukurku
Aku memilihmu
Untuk menjadi teman hidup setia selamanya

Belahan hati ini
Kini telah terisi
Aku dan dirimu mengikat janji bahagia..

Dan berlayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup bersama
Aku bahagia ku dipertemukan belahan jiwaku

Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia di syurga-Mu
Pegang tanganku, tataplah mataku
Engkau ditakdirkan untukku

Ikatan suci ini
Selalu kan ku jaga
Meniti sakinah penuh kasih sayang dan rahmat-Nya

Dan berlayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup bersama
Aku bahagia ku dipertemukan belahan jiwaku

Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia di syurga-Mu
Kau amanahku isteriku tercinta
Engkau ditakdirkan untukku

Thursday, January 2, 2014

saya ada mak, kakak, future! mungkin dikurniakan anak perempuan. ya wanita.. untuk wanita islam

Wanita adalah sebahagian dari lelaki kerana ia dicipta dari tulang rusuk lelaki sebelah kiri.Ia dikurniakan dengan 9 nafsu dan 1 akal.Kelemahan wanita kerana menurut naluri dari menggunakan akalnya. Lelaki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu.Kelemahan lelaki adalah kerana mudah terpedaya dengan godaan wanita. Kenapa lelaki ada 9 akal masih tewas bila digoda oleh wanita?

Sebab wanita merupakan penggoda profesional!!!. Lihat fakta sejarah daripada Al Quraan atau di sekeliling kita. Iblis tak dapat menggoda Nabi Adam supaya makan buah larangan.Tapi bila Siti Hawa memujuk nabi Adam,baru Nabi adam mahu makan buah itu. Anak Nabi Adam bergaduh kerana berebut wanita. Nabi Yahaya dibunuh kerana fitnah wanita.

Duhai wanita…
Peliharalah dirimu dari imej penggoda. Jadilah

   1.wanita berwawasan,

   2.bersopan-santun pakaian dan tingkah lakumu.

 3.Ingatlah bahawa tangan yang mengoncang buaian bukan saja dapat mengoncang dunia malah        mengoncang   iman lelaki.

  4.Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara.




Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dgn sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hambanya itu berpasang-pasangan.Lelaki & wanita yg saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kpd sebahagian yg lain.

Kemuliaan manusia terletak dlm agama sejauh mana mrk dpt mentaati perintah Allah dgn cara Nabi s.a.w. Allah telah mengurniakan kpd wanita dgn berbagai kelebihan. Syarat utk wanita masuk syurga begitu mudah.


Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
"Seorang wanita yg mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kpd suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yg dikehendakkinya." (HR Abu Nuaim)

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda : "Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan seorang wanita yg melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka & dibuka 8 pintu syurga yg mana dia dpt masuk dari pintu mana saja tanpa hisab."


Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda : "Tidaklah seorang wanita yg haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa2nya yg telah lalu. Dan pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'ala kulli hal wa astaghfirullaha min kulli zanbin" maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dgn mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 org syuhada apabila dia selalu berzikir kpd Allah selama haidhnya."