Bingkisan ini ku tujukan kepada anak-anakku di luar sana
yang sering bertanyakan bagaimana menghadapi kekecewaan cinta. Mudah-mudahan
kata-kataku yang tak seberapa ini sedikit meringankannya..
Anakku.. Cinta itu tumbuh tanpa paksaan, tidak dapat ditahan, juga tidak boleh
dipaksakan. Itulah hakikat cinta.. terkadang umpama ia bunga liar yang boleh
tumbuh di mana saja tanpa memilih pasu atau di tanah lapang. Ia tumbuh,
berkembang dan layu mengikut caranya tersendiri.
Awaslah.. sekali cinta itu tumbuh, ia tidak mahu peduli lagi.. apa cinta itu
akan ikut muncul di hati yang dicintai atau tidak. Tiada suatu apa pun yang
dapat memaksakannya. Bagaimana dapat engkau paksakan cinta.. sedang kau hati
sendiri tidak dapat menerima bila dicintai.
Bila cinta itu tidak mekar di hati yang kau cintai.. jangan kau kecewa dan
menuduh si dia itu tidak adil. Kalau begitu, engkau juga tidak adil.. kerana
kau juga melakukan hal yang sama ke atas hati-hati lain yang mungkin
mencintaimu separuh mati.
copypaste
pesan ayahanda #ustaz karim
Adilkah memaksa sesuatu yang tidak mungkin akan tunduk kepada paksaan?. Apa
gunanya kau mengetuk pintu yang tidak akan dibukakan untukmu. Usah kau
berpura-pura,.. membayang-bayangkan yang pintu itu akan terbuka suatu ketika
nanti.. sedang engkau tidak tahu berapa lama akan menunggu.
Daripada terus-terusan dikecewakan, ketuk saja pintu yang lain.. di sana pasti
ada yang sedia membukanya untukmu. Jangan tutupi hatimu seperti jendela, hingga
cahaya sukar menembusinya. Lihatlah warna warni pelangi yang girang di luar
sana dari merenung warna-warna suram di jendela hati yang menyedihkan.
Engkau berhak hidup bahagia. Jangan persiakan kehidupan yang singkat ini,
jangan..
No comments:
Post a Comment