Thursday, May 22, 2014

Epilog Cinta 2

Bingkisan ini ku tujukan kepada anak-anakku di luar sana yang sering bertanyakan bagaimana menghadapi kekecewaan cinta. Mudah-mudahan kata-kataku yang tak seberapa ini sedikit meringankannya..

Anakku.. Cinta itu tumbuh tanpa paksaan, tidak dapat ditahan, juga tidak boleh dipaksakan. Itulah hakikat cinta.. terkadang umpama ia bunga liar yang boleh tumbuh di mana saja tanpa memilih pasu atau di tanah lapang. Ia tumbuh, berkembang dan layu mengikut caranya tersendiri.

Awaslah.. sekali cinta itu tumbuh, ia tidak mahu peduli lagi.. apa cinta itu akan ikut muncul di hati yang dicintai atau tidak. Tiada suatu apa pun yang dapat memaksakannya. Bagaimana dapat engkau paksakan cinta.. sedang kau hati sendiri tidak dapat menerima bila dicintai.

Bila cinta itu tidak mekar di hati yang kau cintai.. jangan kau kecewa dan menuduh si dia itu tidak adil. Kalau begitu, engkau juga tidak adil.. kerana kau juga melakukan hal yang sama ke atas hati-hati lain yang mungkin mencintaimu separuh mati. 
copypaste
pesan ayahanda #ustaz karim
Adilkah memaksa sesuatu yang tidak mungkin akan tunduk kepada paksaan?. Apa gunanya kau mengetuk pintu yang tidak akan dibukakan untukmu. Usah kau berpura-pura,.. membayang-bayangkan yang pintu itu akan terbuka suatu ketika nanti.. sedang engkau tidak tahu berapa lama akan menunggu. 

Daripada terus-terusan dikecewakan, ketuk saja pintu yang lain.. di sana pasti ada yang sedia membukanya untukmu. Jangan tutupi hatimu seperti jendela, hingga cahaya sukar menembusinya. Lihatlah warna warni pelangi yang girang di luar sana dari merenung warna-warna suram di jendela hati yang menyedihkan.

Engkau berhak hidup bahagia. Jangan persiakan kehidupan yang singkat ini, jangan..



Sunday, May 18, 2014

epilog cinta

Ku tujukan tulisan ini kepada anak-anakku di luar sana yang mungkin sedang berduka, merawat cinta luka. Semoga kata-kataku yang tak seberapa ini mampu meringankannya..

Anakku..

Cinta itu adalah anugerah ALLAH yang terindah. Andai kau rasa terluka atau derita.. itu bukanlah kerana cinta, tetapi kerana kegagalanmu mengenal hakikat cinta atau tersilap meletakkan pada tempatnya.

Pertama; Cinta itu tiada syarat
Cinta boleh muncul tanpa syarat wajib berbalas. Ia boleh tumbuh mekar dan bersemi di hati, tetapi tidak pasti akan ikut pula tumbuh di hati yang dicintai. Jangan meletakkan keindahan cinta hanya apabila terbalas, Mencintai dalam diam pun sudah cukup buat kau nikmati keindahannya.

Kerana itu.. jangan kau ikat dengan syarat pada sesuatu yang bebas tidak bersyarat,, nanti ia berbalik menentang mu. Engkau boleh saja berusaha dan berharap agar terbalas.. namun ingat!..Ia tidak dapat ditundukkan untuk memenuhi syarat yang kau inginkan. Cinta akan tetap kekal dengan sifatnya itu.. bebas tanpa syarat.

Andai engkau kecewa dan terluka, jangan salahkan cinta.. tapi salahkan diri kerana gagal mengenal hakikat cinta.

Pesanan ayahanda
copy paste - ustaz karim

Tuesday, May 13, 2014

Pesanan Buat Diri Juga Buat Ummah

assalamualaikum warahmatullah sebagai pembuka bicara.
alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi bertemu lagi kita didalam blog pencari redha Allah, moga Allah redha.

ingin saya nukilkan satu pesanan pada ummah terutama buat diri saya yang kerdil ini lagi cetek ilmunya. sukanya saya ingin kongsi 2 perkara yang penting terutama kita sebagai daie dan umat islam.

pertamanya wajiblah dalam diri kita ada rasa kebertanggungjawaban sebagai pendakwah. maksudnya janganlah kita bila dapat sesuatu taklifan kita lari dari melakukan amanah yang diberatkan pada kita.
sebagaimana hadis nabi s.a.w

"كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
"

(riwayat bukhari)
“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.”

kita memang dilahirkan sebagai pemimpin dari setinggi-tinggi pemimpin sehinggalah serendah-rendah pemimpian hatta memimpin diri sendiri juga diklasifikasikan sebagai pemimpin. maka, apa daya usaha, segala yang kita gembleng akan ditanya oleh Allah.

bila adanya pemimpin, maka dengarlah dan taat segala arahan pimpinan. namun dalam ketaatan haruslah diselitkan rasa mahabbah sebagai titik tambah kesukaan kita dalam menjalankan kerja-kerja dakwah. ketaatan juga tidak ada pada perkara-perkara maksiat.  

keduanya, menjaga nama baik islam lagi-lagi mereka yang berada didalam organisasi yang memperjuangkan agama. wajiblah kita sebagai pendakwah memvariasikan jalan dakwah itu sendiri. pentingnya variasi dakwah agar mereka tidak pandang islam ini terlalu jumud sedangkan islam adalah syumul. para pendakwah juga haruslah lebih dari yang lain. jangan jadikan kita sama seperti mereka yang bukan islam atau mereka yang ambil islam separuh-separuh. sebaliknya tunjukkan kehebatan dalam diri agar pandangan mereka akan tertumpu yang islam sangat mulia.

para pendakwah juga mempunyai adab yang tinggi lebih dari mereka-mereka yang tidak berada didalam gerakan kerja-kerja pendakwah. pancarkan keperibadian yang mulia dalam diri, mudah-mudahan mereka yang non muslim akan tertarik dengan keperibadian islam. Insya Allah.


Thursday, May 8, 2014

Coretan Malam 2

Satu perkongsian yang menarik bersama al-fadhil ustaz rashidin. program yang berbentuk talk dan disertakan dengan ldk. antara pengisian didalam " REMAJA DUNIA REMAJA AKHIRAT". jadilah pendakwah yang hanya lakukan dakwah kerana Allah semata-mata.

namun bingkisan yang ingin aku coretkan disini bukanlah berkaitan program tadi. seusai balik dari pusat islam, terdapat satu peristiwa yang sangat menyentuh diri. sangat lemah bila terkenang kembali dosa-dosa silam. kusangkakan panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengah hari. mungkin inilah perumpaan yang sesuai digambarkan didalam situasi ini. 


termenungku sendirian, adakah ini balasan yang ku dapat setelah apa yang aku lakukan pada dirimu. pernah aku cuba menyangka baik kepadanya, namun saban hari ia semakin menyingkap segala permasalahan. 
ternyata ungkapan yang diucapkan olehnya suatu ketika dulu hanyalah untuk melepaskan diri. 


pesanan untuk anak muda, janganlah jadikan hawa nafsu sebagai tuan kepada akal. fikirlah demi masa depan kita sebagai mahasiswa, anak dan juga rakyat. lagi-lagi kita sebagai mahasiswa islam. tunjukkan keperibadian islam dalam diri, pancarkan akhlak islam.  

sekali lagi mohon ampun andai diriku ini punca kepada segala permasalahan awak.