Wednesday, March 7, 2018

Padi Organik di Sri Lovely Farm Sik Kedah


Negeri Kedah  yang dikenali sebagai negeri di jelapang padi merupakan pengeluar beras utama di Malaysia. Perubahan arus masa telah mengubah cara hidup masyarakat khususnya dalam bidang pertanian. Jika dahulu, petani hanya menggunakan kerbau untuk membajak tanah namun kini sudah berubah. Pelbagai jentera digunakan untuk kemudahan para petani moden kini.

Sistem Intensifikasi Padi (SRI) mula diperkenalkan oleh Henri de Laulanie di Madagascar pada tahun 1983. Sistem ini yang semakin berkembang telah diguna pakai di kebanyakan negara seperti Indonesia, Filipina, Brazil dan beberapa buah negara lagi.
Di Malaysia, Sri Lovely Organic Farm antara yang terawal menggunakan Sistem Intensifikasi Padi (SRI). Sri Lovely yang bertempat di Sik, kedah ini telah memulakan operasi ini pada pertengahan tahun 2010.



Sawah dikeringkan terlebih dahulu bagi
memudahkan pekerja melakukan kerja
Pada 5 Mac 2018 lalu satu Program Komuniti telah dianjurkan bagi mempromosikan lagi perusahaan padi organic. Majlis  ini  dihadiri oleh Vip-vip jemputan seperti YB Datuk Mohd Tajudin Bin Abdullah, Exco Kerajaan Negeri dan juga Adun Belantek, Dato’ Azlie Halim, CEO Intermedia Network, Nik Fauziah ab Manaf, Pengarah Business Development Intermedia Network dan Souhaila Boudir, Corporate communications Intermedia Network.

Turut bersama majlis ialah beberapa penyelidik dari universiti awam untuk melihat sendiri keupayaan Sistem Intensifikasi Padi (SRI) dalam menghasilkan padi yang terbaik. Antara yang hadir,  DR Nurul Salmi Abdul Latip dari Fakulti Biologi Alam Sekitar USM, Prof. Dr. Che Azlan Taib, Pengarah Disaster Management Institute(DMI) UUM, Dr. Mohamad Ghozali Hassan, ahli Disaster Management Institute(DMI) UUM, Dr. Kamaruddin Radzuan, ahli Disaster Management Institute(DMI) UUM, Mohamad Afiq Fahmi Ismail dan AbdulQodir Mohamed yang kedua-duanya merupakan  pelajar UUM.

Turut memeriahkan majlis sekitar 40 peserta dari Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah(KEDA), para pekerja Sri Lovely Farm dan juga orang kampung.
Pemprosesan padi sedang dijalankan oleh para pekerja.

Falsafah Tentera di dalam Sri Lovely Organic Farm

Pada asalnya kawasan ini hanya fokus pada penanaman padi kini Sri Lovely meluaskan dalam penternakan ikan air tawar dan juga perusahaan madu kelulut.

Menurut penyelia tempat, Kapten (B) Zakaria bin Kamantasha, nama Sri Lovely diambil dari singkatan Sri Lintang Organic Valley dan memasarkan dengan jenama Sri Lovely Organic.
Melihat perkembangan pertanian padi yang semakin maju dengan teknologi telah membawa Zakaria Kamantasha untuk memulakan padi organik. Semuanya atas kesedaran untuk mengelakkan dari penggunaan baja kimia keatas padi yang merupakan sumber makanan utama penduduk di Malaysia.

Zakaria Kamantasha yang juga merupakan Pengerusi Koperasi Agro Belantik Sik Berhad menegaskan, jerami yang ada tidak akan dibakar atau dijual sebaliknya diproses untuk dijadikan baja.
Zakaria atau lebih mesra disapa dengan gelaran kapten ini menceritakan bagaimana dia mengaplikasikan konsep tentera dalam Sri Lovely Farm. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai tentera menggunakan konsep Administration(pengurusan), Group(kumpulan) dan juga Quatet Supply (bekalan kuota) (AGQ). Ketiga-ketiga konsep ini saling berkait yang akan menghasilkan sesuatu output yang terbaik. Lanskap yang direka juga berkonsepkan penempatan tentera dengan dikelilingi hutan dan sangat berhampiran dengan sumber air. Struktur bangunan yang direka juga berasaskan alam semulajadi seperti pokok kayu, buluh dan juga daun rumbia
Rumah menjemur padi

Seawal penubuhan Sri Organic sekitar tahun 2010 sehingga kini sudah pasti terdapat pelbagai halangan terutama dari segi kewangan. Namun ianya tidak melemahkan semangat Kapten Zakaria malahan membuatkan beliau semakin berusaha untuk mengembangkan hasil Sri lovely Organic keserata dunia. Sehingga kini pihaknya sudah berkolaborasi dengan pelbagai agensi penyelidikan dan pembangunan seperti MARDI, KEDA, Intermedia Network dan juga UUM.

Sri Lovely Farm sebagai tempat Agro Pelancongan

Selain membantu dari segi ekonomi penduduk kampung Sri Lovely juga berperanan sebagai tempat penyelidikan dan pelancongan. Sri Lovely telah menjadi rujukan padi organik apabila penyelidik dari dalam dan luar negara turut berkampung di sini bagi mendapatkan maklumat.

Bagi memudahkan pelancong dan juga penyelidik di sini juga disediakan kemudahan-kemudahan seperti dewan terbuka, beberapa unit rumah tumpangan dan juga beberapa unit pondok rehat sesuai untuk berehat atau bermalam.

Menurut Emanuele seorang pelancong dari Genoa Itali, beliau telah berada di Sri Lovely selama sebulan. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Manan, menceritakan beliau mengetahui mengenai Sri Lovely ini hanya melalui website.

Beliau yang bekerja dalam bidang perkapalan di Cambodia telah mengembara ke Malaysia untuk melihat sendiri alam semulajadi di Malaysia.

Katanya, disini beliau temui kedamaian dengan persekitaran yang sangat cantik, dikelilingi hutan berbukit, sungai dan juga bunyi-bunyian alam. Disamping penduduk disini yang sangat harmoni, saling membantu dan juga menyantuni tetamu terutama masyarakat luar dari Malaysia.
Kapten Zakaria (Enam dari kanan) menerima sumbangan berupa buku dari pihak UUM.


No comments:

Post a Comment